Tuesday, September 6, 2011

Q&A PLAGIAT

Apa tu plagiat pn Azwa...kueh raya ke??

Plagiat merujuk kepada penggunaan idea, perkataan kerja orang lain tanpa mengiktiraf sumber asal.

(mukasurat 2)


13.3 Etika Akademik

13.3.1 Pelajar yang meniru hasil kerja orang lain atau tidak mengiktiraf kerja orang lain
(plagiat) untuk tujuan tugasan atau ujian akan dikenakan tindakan tatatertib.
13.3.2 Pelajar juga tidak dibenarkan bersubahat dalam peniruan dan penipuan yang
dinyatakan dalam para 13.3.1.

13.3.3 Pelajar perlu mematuhi peraturan lain mengenai penilaian yang dinyatakan secara
lisan atau bertulis.

Apa Pn Azwa buat kalau student puan plagiat??

Biasanya saya akan bagi markah 0(kosong) untuk jawapan yg plagiat. Jika nak jawapan tersebut mempunyai markah, sila hantarkan pembetulan dengan segera. Contoh jika ada 3 soalan, 1 daripada jawapan bagi soalan tersebut adalah plagiat, Markah bg jawapan tersebut akan 0(kosong),2 soalan lain ada markah mengikut ketepatan jawapan.

Any advice??

Jd pada semua pelajar saya...takyahla nak susah2 plagiat. Sila nyatakan sumber rujukan jika anda menggunakan hasil kerja org lain sebagai jawapan anda. Takyah la nk tiru kerja org lain. Kerja org yg anda tiru tu pon bukan nye betul..... Lau nk buat google traslate pon, make sure ayat tu boleh difahami umat manusia...jgn main kopipaste aje.....

Jika ada soalan...sila letakkan dalam komen dibawah....

No comments:

Post a Comment